PERTANDINGAN TANDAS BERSIH SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT NEGERI PERAK 2012



Dengan ini dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Perak akan menganjurkan Pertandingan Tandas Bersih Peringkat Negeri Perak Tahun 2012 pada bulan Julai 2012.

2.         Sehubungan itu, pihak tuan adalah diminta untuk menyertai pertandingan tersebut dengan menghantar Folio ke PPD daerah masing-masing sebelum atau pada 29 Jun 2012.

3.         Bersama ini disertakan contoh format folio dan aspek penilaian yang dinilai. Sebarang pertanyaan sila hubungi Penolong Pengarah Kesihatan Jabatan Pelajaran Perak Encik Mohamad Nurul Azmi bin Mat Nor di talian 05-5015138 atau 019-5559377.

Kerjasama dan komitmen pihak tuan dalam menjayakan pertandingan ini amat dialu-alukan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...